Aku tujukan video ini khas buat murid-muridku yang akan menghadapi PSR nanti

MENGEJA PERKATAAN DENGAN BETUL

Tuesday 4 October 2011

Cuba karangkan sebuah cerita berdasarkan video yang dipersembahkan.

Cara Menulis Karangan Bergambar

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
 
Sebelum Peperiksaan :
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam peperiksaan..
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di perpustakaan-perpustakaan, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Wednesday 13 April 2011

Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:
Perkataan Erti/Kegunaan Contoh
angkatan kumpulan seragam seangkatan tentera
baris kumpulan benda dalam bentuk garis lurus sebaris ayat
batang benda panjang atau tinggi sebatang sungai, sebatang pokok
bentuk benda yang melengkung sebentuk cincin
berkas ikatan atau susunan seberkas kayu api
bidang benda yang luas sebidang tanah
biji 1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah benda yang tajam sebilah pedang
buah 1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
buku benda yang berbongkah sebuku sabun
bungkus benda dalam bungkusan sebungkus nasi
butir benda yang kecil sebutir peluru
carik kepingan yang dicarik secarik kain
cebis potongan, serpihan secebis kaca
cekak benda bersaiz secekak jari secekak sirih
cubit sedikit secubit garam
cucuk benda yang ditusuk dengan lidi secucuk sate
das tembakan 21 das tembakan meriam
deret benda-benda dalam sebarisan sederet kedai
ekor haiwan seekor ayam
gugus benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan segugus anggur
gelung benda yang berlingkar segelung tali
gemal sama dengan "cekak" segemal padi
genggam benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan segenggam beras
gulung benda yang digulung segulung kain
gumpal 1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helai benda yang nipis dan lebar sehelai baju
hidangan kumpulan makanan dan minuman yang disajikan sehidangan kuih-muih
hiris potongan nipis sehiris daging
ikat benda-benda yang diikat rapat seikat kayu api
jambak karangan (bunga dll.) sejambak bunga
jambangan benda dalam pasu atau belanga sejambangan bunga
jemput benda-benda yang diambil dengan hujung jari sejemput pasir
kaki
sekaki payung
sekaki cendawan
kandang haiwan dalam kandang sekandang kambing
kapur sirih sekapur sirih
kawan kumpulan haiwan sekawan lembu
kelompok kumpulan, gugusan sekelompok pulau
kepal gumpalan beberapa kepal nasi
keping kepingan, potongan sekeping kertas
kepul gumpalan asap atau awan yang tebal sekepul asap
kerat baahgian, potongan sekerat tulang
ketul gumpalan, ketulan seketul daging
kotak benda dalam kotak sekotak bijirin sarapan
kuntum bunga sekuntum bunga merah
laras senjata selaras senapang
lembar benda yang panjang dan luas bidangnya sebidang kain
lingkar sama dengan "gelung" selingkar tali
longgok himpunan, timbunan selonggok sampah
naskhah salinan bahan bacaan bersiri senaskhah majalah
orang manusia dua orang anak
papan kepingan sepapan petai
pasang benda yang berduaan sepasang kasut
pasukan kumpulan seragam sepasukan pemain bola sepak
patah perkataan sepatah kata
pintu bangunan sepuluh pintu kedai
potong kepingan yang dipotong sepotong kek
pucuk 1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk senapang
puntung keratan kayu yang pendek-pendek sepuntung kayu api
rangkap baris-baris karangan serangkap pantun
rawan menyatakan selengkap benda itu serawan jala
ruas bahagian di antara dua benda beberapa ruas tebu
rumpun kelompok, ikatan serumpun bunga
sikat tangkai pisang sesikat pisang
sisir sama dengan "sikat" sesisir pisang
suap sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut sesuap nasi
tandan buah-buahan yang bergugus setangkai pisang
tangkai bunga setangkai bunga
teguk sebanyak yang ditelan sekali seteguk air
timbun himpunan sesuatu yang bertindih-tindih setimbun sampah
titik titisan setitik air mata
tongkol 1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas bahagian buah yang berbiji dll. seulas buah epal
untai rangkaian benda yg dicucuk seuntai manik
urat gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang dua urat gelang
utas benda yg berurai seutas jam tangan

Thursday 31 March 2011

Mari menyanyi sama-sama

Mari menyanyi sama-sama

PANTUN TEKA-TEKI

Ikan selar dalam kuali,
Kuali diletak celah dapur;
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi;
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Buah cermai di dalam dulang,
Tepung digaul minyak sapi;
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.


Sumber: Iladam
Langit di Tangan, 1995.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wednesday 30 March 2011



Penjodoh Bilangan


















Penjodoh
Bilangan





 

Penjodoh bilangan
digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau
bilangan.

Kadangkala kata
bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan
sebagainya.

Senarai penjodoh
bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:



Penjodoh
Bilangan

penggunaannya

Contohnya



angkatan

untuk sekumpulan manusia atau benda

kapal, tentera, pelukis, penulis

baris

untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris

orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi

batang

untuk menunjukkan benda-benda yang panjang

sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan,
jarum

bentuk

untuk benda-benda kecil yang berkeluk

mata kail, subang, cincin

berkas

untuk benda-benda yang diikat bersama-sama

kunci, lidi, kayu

bidang

untuk benda-benda yang terbentang luas

tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

biji

untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil

labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu,
telur, gelas

Bilah

untuk benda-benda yang tajam

parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

buah

untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu

kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer,
kamera

buku

untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah

sabun, roti, benang

butir

untuk benda-benda yang bulat atau kecil

telur, batu, manik, beras, peluru

carik/cebis

untuk benda-benda yang dikoyakkan

kertas, kain

cubit

untuk benda yang diambil sedikit dengan jari

garam, gula, kunyit

cucuk

untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi

sate

das

untuk bunyi letupan atau tembakan

meriam, pistol, senapang

deret

untuk benda-benda yang tersusun

bangunan, rumah, kedai, kereta

ekor

untuk semua jenis binatang

nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama

genggam

untuk benda-benda yang digenggam

pasir, beras, padi

gugus

untuk buah-buah ataupun benda

anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci

gulung

untuk benda-benda yang bergulung

filem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helai

untuk benda-benda yang nipis dan lebar

daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput

ikat

untuk benda-benda yang diikat

kayu, lidi, tebu, sayur, papan

iris

untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil

bawang, timun, daging, buahbuahan

jambak

untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai

bunga, kunci

kaki

untuk benda-benda yang bertangkai

payung, cendawan, bungs

kawan

untuk kumpulan haiwan

lembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompok

untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda

burung, awan, pulau, bintang

kepal

untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan

nasi, pulut, tanah

keping

untuk benda-benda yang nipis atau pipih

roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

kerat

untuk bahagian benda-benda yang dipotong

roti, tiang

Ketul

untuk benda-benda yang berketul dan padu

ais, daging, tulang, sabun, roti

Kotak

untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak

mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk

kuntum

untuk bungs

mawar, melati, anggerik

Laras

untuk senjata api

pistol, senapang, meriam

lembar

benda-benda yang lurus dan panjang

kertas, dawai, benang

longgok

untuk benda-benda yang berada dalam longgokan

durian, pakaian, tanah, cili

naskhah

untuk bahan bacaan yang berjilid

surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

Orang

untuk manusia

guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

Papan

untuk benda-benda yang berbentuk kepingan

coklat, petai, mercun

pasang

untuk benda dan manusia yang berpasangan

pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsa

untuk bahagian dalam buah

durian

pasukan

untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam

pemain kompang, polis, tentera pengakap

patah

untuk kata

perkataan, kata-kata

potong

untuk benda-benda yang sudah dipotong

kuih, daging, roti

pucuk

untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api

jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung

puntung

untuk sebahagian benda yang masih menyala

rokok, bara, kayu api

rangkap

untuk puisi

pantun, sajak, syair

rawan

untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat

jala, jaring, pukat

ruas

untuk benda yang beruas-ruas

tebu, buluh

rumpun

untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat

buluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisir

untuk buah pisang

pisang

tandan

untuk buah-buahan yang bertandan

pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkai

untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai

rambutan, duku, kenanga, padi, daun

titik

untuk cecair yang menitis

air, darah, dakwat, embun

tongkol

untuk buah yang bertongkol

jagung

ulas

untuk isi buah-buahan yang berpangsa

durian, limau, nangka, cempedak

urat

untuk benda-benda yang halus dan panjang

rambut, benang, dawai,

utas

untuk benda-benda yang panjang

tali, dawai, rantai






KATA
GANDA










Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.


Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.


Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.

         
Kata ganda terdiri daripada:


         
(a) kata ganda seluruh;


         
(b) kata ganda semu;


         
(c) kata ganda separa;


         
(d) kata ganda bersajak atau berima;


         
(e) kata ganda berimbuhan.


3. Terdapat
empat jenis kata Gandaan iaitu :


a. Gandaan Seluruh
Kata


b. Gandaan Separa
/ Separuh


c. Gandaan Berirama

d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh
Kata



Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.


1.      
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2.      
Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().


3.      
Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,
dan kata keterangan.



 Contoh : 




Gandaan kata nama

Gandaan Kata kerja

Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan

baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik

manis-manis

besar-besar
awal-awal
bulat-bulat



sama ada sebahagian
atau seluruhnya.


2.      
Kata ganda terdiri daripada:


         
(a) kata ganda seluruh;


         
(b) kata ganda semu;


         
(c) kata ganda separa;


         
(d) kata ganda bersajak atau berima;


         
(e) kata ganda berimbuhan.


Kata Ganda
Seluruh



1.      
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2.      
Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().


3.      
Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,
dan kata keterangan.


Senarai Kata
Ganda Seluruh



alat-alat awal-awal
baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam
dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk
hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar
kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas
nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih



1. Kata ganda
ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan

2 Kata Ganda
Semu

1.      
Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan
seluruhnya dan diberi tanda sempang.

Kata ganda semu
mempunyai makna yang khusus.

3.      
Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata
Ganda Semu

agaragar analanal
angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput
jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang

kudakuda kupukupu
kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams
sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang

3 Kata Ganda
Separa


1.      
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.

Senarai Kata
Ganda Bersajak/Berima

2.      
Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata
Ganda Separa

bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik
kekabu kekisi

kekunci kekuda
lelaki

lelangit
lelayang pepejal
pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga

4 Kata Ganda
Bersajak/Berima


1.      
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan
atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila
digandakan.

Contohnya:
(a)     
persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum,
dan sebagainya.

persamaan
bunyi di hujung:


karut-marut,
cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.

penyesuaian
bunyi seluruhnya:
compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.



Persamaan
Bunyi

di
Pangkal


Persamaan
Bunyi

di
Hujung


Penyesuaian
bunyi

Seluruhnya



batu-batan

anak-pinak

bolak-batik

beli-belah

calar-balar

compang-camping

bengkang-bengkok

cerai-berai

dolak-dalik

corat-coret

comot-momot

gopoh-gapah

degap-degup

gotong-royong

gunung-ganang

dentam-dentum

karut-marut

haru-biru

desas-Jesus

kaya-raya

huru-hara

gembar-gembur

kuih-muih

huyung-hayang

gerak-geri

pindah-randah

kacau-bilau
Gandaan Separa 
Separuh

1. Gandaan separa
dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.

2. Hanya diambil
hujung perkataan itu.

Contohnya :


lelaki

bebola

lelabah

pepohon

jejari

kekuda

jejentik

kekabu

dedaun

kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama
dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.

2. Berlaku perubahan
ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :


lauk-pauk

batu-bata

saudara-mara

bukit-bukau

kacau-bilau

tunggang-langgang

tanah-tanih

semak-samun

bengkang-bengkok

gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin
dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.

2. Perkataan
keduanya ditambah me ( N )

contoh :


tahu-menahu

tolong-menolong

jahit-menjahit

tarik-menarik

kejar-mengejar

sulam-menyulam

tawar-menawar

kata-mengata

sepak-menyepak

karang-mengarang

tari-menari

tangis-menangis

rampas-merampas

tumbuk-menumbuk

simpan-menyimpan
KATA
GANDA










Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.


Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.


Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.

         
Kata ganda terdiri daripada:


         
(a) kata ganda seluruh;


         
(b) kata ganda semu;


         
(c) kata ganda separa;


         
(d) kata ganda bersajak atau berima;


         
(e) kata ganda berimbuhan.


3. Terdapat
empat jenis kata Gandaan iaitu :


a. Gandaan Seluruh
Kata


b. Gandaan Separa
/ Separuh


c. Gandaan Berirama

d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh
Kata



Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.


1.      
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2.      
Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().


3.      
Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,
dan kata keterangan.



 Contoh : 




Gandaan kata nama

Gandaan Kata kerja

Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan

baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik

manis-manis

besar-besar
awal-awal
bulat-bulat



sama ada sebahagian
atau seluruhnya.


2.      
Kata ganda terdiri daripada:


         
(a) kata ganda seluruh;


         
(b) kata ganda semu;


         
(c) kata ganda separa;


         
(d) kata ganda bersajak atau berima;


         
(e) kata ganda berimbuhan.


Kata Ganda
Seluruh



1.      
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2.      
Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().


3.      
Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,
dan kata keterangan.


Senarai Kata
Ganda Seluruh



alat-alat awal-awal
baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam
dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk
hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar
kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas
nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih



1. Kata ganda
ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan

2 Kata Ganda
Semu

1.      
Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan
seluruhnya dan diberi tanda sempang.

Kata ganda semu
mempunyai makna yang khusus.

3.      
Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata
Ganda Semu

agaragar analanal
angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput
jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang

kudakuda kupukupu
kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams
sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang

3 Kata Ganda
Separa


1.      
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.

Senarai Kata
Ganda Bersajak/Berima

2.      
Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata
Ganda Separa

bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik
kekabu kekisi

kekunci kekuda
lelaki

lelangit
lelayang pepejal
pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga

4 Kata Ganda
Bersajak/Berima


1.      
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan
atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila
digandakan.

Contohnya:
(a)     
persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum,
dan sebagainya.

persamaan
bunyi di hujung:


karut-marut,
cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.

penyesuaian
bunyi seluruhnya:
compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.



Persamaan
Bunyi

di
Pangkal


Persamaan
Bunyi

di
Hujung


Penyesuaian
bunyi

Seluruhnya



batu-batan

anak-pinak

bolak-batik

beli-belah

calar-balar

compang-camping

bengkang-bengkok

cerai-berai

dolak-dalik

corat-coret

comot-momot

gopoh-gapah

degap-degup

gotong-royong

gunung-ganang

dentam-dentum

karut-marut

haru-biru

desas-Jesus

kaya-raya

huru-hara

gembar-gembur

kuih-muih

huyung-hayang

gerak-geri

pindah-randah

kacau-bilau
Gandaan Separa 
Separuh

1. Gandaan separa
dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.

2. Hanya diambil
hujung perkataan itu.

Contohnya :


lelaki

bebola

lelabah

pepohon

jejari

kekuda

jejentik

kekabu

dedaun

kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama
dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.

2. Berlaku perubahan
ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :


lauk-pauk

batu-bata

saudara-mara

bukit-bukau

kacau-bilau

tunggang-langgang

tanah-tanih

semak-samun

bengkang-bengkok

gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin
dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.

2. Perkataan
keduanya ditambah me ( N )

contoh :


tahu-menahu

tolong-menolong

jahit-menjahit

tarik-menarik

kejar-mengejar

sulam-menyulam

tawar-menawar

kata-mengata

sepak-menyepak

karang-mengarang

tari-menari

tangis-menangis

rampas-merampas

tumbuk-menumbuk

simpan-menyimpan