Aku tujukan video ini khas buat murid-muridku yang akan menghadapi PSR nanti

MENGEJA PERKATAAN DENGAN BETUL

Wednesday 16 March 2011

Assalamualaikum dan selamat malam murid-murid tahun 6. Esuk pada sesiapa yang tidak hadir ke sekolah, cikgu ucapkan SELAMAT BERCUTI dan bagi yang BELUM menghantar kerja latihannya, esuk hari terakhir menghantar kerja latihan pada cikgu, dan sekiranya masih tidak menghantar, cikgu dengan zalimnya memberikan markah kosong atau telur ayam. Kemudian, cikgu mahu jumpa ibu atau bapa kamu untuk berbincang mengenai mereka yang tidak menghantar kerja latihan, sebabnya ini adalah untuk kebaikkan kamu juga. Semoga yang dapat markah kosong, cikgu harap kamu berubah ke arah sikap rajin selepas cuti penggal pertama ini. Cikgu ingatkan kepada kamu semua, selepas cuti sekolah ada beratus-ratus latihan yang cikgu akan berikan kepada kamu, kamu bersiap-sedia sahaja dengan mental dan fizikal. Bukannya apa, cikgu ingin melihat mata pelajaran bahasa Melayu lulus dan cemerlang. Cikgu tidak akan percaya jika kamu mendapat gagal dalam mata pelajaran bahasa Melayu kerana orang melayu atau orang yang tahu bertutur bahasa Melayu, boleh lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Harapan cikgu kepada kamu agar lulus dalam peperiksaan PSR.

No comments:

Post a Comment