Aku tujukan video ini khas buat murid-muridku yang akan menghadapi PSR nanti

MENGEJA PERKATAAN DENGAN BETUL

Tuesday 29 March 2011

Assalamualaikum ... Sebenarnya cikgu sangat terkilan tadi pagi dengan beberapa orang murid yang tidak menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Beberapa orang murid ada yang tidak siap kerja latihan / kerja rumah, suka pergi ke tandas dan lambat masuk kelas serta sampah berjuritan di dalam bilik darjah. Adakah kamu murid-murid yang disukai oleh guru? Adakah kamu ingin berjaya? Adakah kamu ingin guru mendoakan kamu sentiasa supaya berjaya dalam hidup dunia dan akhirat? Fikir-fikirkan.. Apabila sudah berada di dalam bilik darjah, kamu mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam bilik darjah. Patuh pada peraturan yang diberikan di dalam bilik darjah. Kamu ada masa untuk berubah untuk mencapai ke menara gading.. Tidak mustahil kamu boleh mendapat straight 'A' dalam keputusan peperiksaan PSR, kalau kamu sentiasa berikan tumpuan dalam kelas. Beberapa ciri murid yang cikgu ingin kamu tunjukkan pada esuk hari:

1. Ketika guru masuk, terus berdiri memberi salam dan berdoa, jangan ada yang masih duduk, buat kerja lain. Cikgu mahu cergas dan bersemangat.

2. Pakaian sentiasa kemas dan bersih, mengikut peraturan sekolah.

3. Semasa guru menerangkan, kamu mestilah menumpukan sepenuhnya penerangan guru. Dengar dengan betul-betul yang diterangkan dan angkat tangan jikalau tidak faham. Mata pandang ke arah guru bukan kepada kawan-kawan lain. Dengar baik-baik apa yang dituturkan oleh guru.

4. Kurangkan bermain di dalam bilik darjah. Buat kerja latihan tanpa bermain dan bercakap dengan kawan-kawan kerana kamu boleh siap kerja dengan kemas dan cepat. Digalakkan bertanya kepada guru semasa membuat latihan, jangan takut bertanya guru kerana kurang bertanya guru, kamu akan tidak akan belajar sesuatu.

5. Sentiasa bertanya soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya yang berkaitan dengan hal pembelajaran kepada guru. Begitu caranya kamu belajar dan ingat apabila banyak bertanya. Diam tidak akan menjamin kejayaan, kecuali kalau kamu belajar dengan rakan-rakan lain. Bertanya soalan sehingga kamu benar-benar faham. Ini bermakna kamu pelajar yang cemerlang.

6. Cikgu ingin kamu sentiasa bersikap rendah diri dan tidak sombong. Murid-murid mestilah bersikap tolong-menolong rakan-rakannya yang sukar belajar. Menegur dengan cara yang elok. Biar semua sekali kamu berjaya bukannya seorang sahaja yang dapat A. Kalau boleh semua orang murid-murid mendapat A..

7. Sentiasa banyak membaca buku. Jadikan amalan seharian kamu. Jangan membuang masa bergosip dengan kawan-kawan. Lebih baik buat perkara yang berfaedah agar pengetahuan kamu bertambah. Apabila pengetahuan kamu bertambah, kamu boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.


8. Diam apabila guru menerangkan. Angkat tangan apabila ingin bertanya soalan atau menjawab soalan guru. Berani membuat kerja latihan dengan kemas dan bersih. Sentiasa membawa buku teks, fail, buku kerja dan sebagainya yang diperlukan dalam pembelajaran.

9. Akhir sekali, murid-murid yang mematuhi arahan guru, mereka boleh berjaya. Pasanglah target kamu gred apa yang kamu ingin capaikan untuk PSR. Jika target kamu gred A, kamu perlu bersikap pelajar yang cemerlang seperti aktif, semangat, rajin, sentiasa bertanya, menolong kawan dalam belajar, sentiasa membaca buku pelajaran, tidak membuang masa dalam kelas, menumpukan sepenuhnya di dalam kelas.

Terima kasih murid-murid yang ada sebilangannya mempunyai sikap demikian. Cikgu doakan terus berjaya walaubagaimanapun, bagi murid-murid yang ada kekurangan memiliki ciri-ciri tersebut, berubahlah kerana masih ada waktu lagi untuk berubah sebelum kamu menghadapi peperiksaan besar dan menakutkan. Good luck pupil.

No comments:

Post a Comment