Aku tujukan video ini khas buat murid-muridku yang akan menghadapi PSR nanti

MENGEJA PERKATAAN DENGAN BETUL

Monday 14 March 2011

Kehilangan seseorang sahabat

Matahari mula terbit di pandanganku, mata ini masih belum lelap dan letih. Mengenangkan kisah yang berlaku 2 hari lepas menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat ku lupakan. Amin merupakan sahabat karibku sejak kecil lagi. Pada hari itu, Amin bercadang untuk pergi ke kota.

Amin: Khairi, mahukah kamu temani saya ke kota?
Saya: Untuk apa?
Amin: Hari ini hari jadi ibu saya. Saya hendak memberikan ibu saya hadiah yang paling istimewa. Sudah berapa lama saya menyimpan duit tabungan saya untuk hari jadi ibu saya.
Saya: Baiklah tapi saya mesti meminta kebenaran dari ibu saya.
Amin: Baguslah kalau begitu.

Setelah saya meminta izin kepada ibu ternyata, ibu saya tidak membenarkan saya pergi ke kota.

Ibu: Bukan apa Khairi, ibu tidak mahu terjadi apa-apa pada kamu di kota nanti.
Saya: Tapi ibu …
Ibu: Eh! Khairi jangan membantah.
Saya: Maaf Amin, ibu saya tidak mengizinkan saya pergi bersama mu.
Amin: Demi persahabatan kita, inilah kali terakhir saya meminta pertolongan dari kamu.
Saya: Tapi …
Amin: Sekali ini saya tolonglah..
Saya: Baiklah, tapi jangan beritahu ibu saya. Biar pecah perut jangan pecah mulut. Ini rahsia kita berdua saja.
Amin: Terima kasih Khairi. Kamu tunggu saya di pondok Tok Aji dalam masa lima minit. Saya hendak bersiap-siap dulu.

                Mungkin dalam masa 10 minit saya tunggu di pondok Tok Aji dengan basikal saya. Saya sudah mula berpeluh dan tidak sabra. Tiba-tiba Amin muncul di pandanganku sambil mengayuh basikalnya.

Amin: Jom, kita bertolak sekarang.
Saya: Awak cakap tunggu 5 minit ini sudah lebih daripada 10 minit saya tunggu. Lembu pun bosan melihat kehadiranku.
Amin: Haha! Minta maaflah. Jom kita pergi sekarang.

                Saya dan Amin pun mula bertolak. Ianya mengambil 30 minit untuk sampai ke kota. Amin kelihatan gembira dan tidak sabra. Setelah penat mengayuh basikal, kami pun sampai ke sana. Keadaan di kota sangat sibuk. Kami pun mencari hadiah untuk ibu Amin.

Amin: Khairi, saya rasa ini hadiah yang sesuai untuk ibu saya. Dia akan kelihatan cantik apabila memakai tudung. Apalagi tudung ini berwarna kuning, warna kegemarannya. Dia akan kelihatan cantik kalah Siti Nurhaliza.

Saya: Banyak mimpilah kau ini, Amin. Tapi saya rasa tudung ini akan kelihatan cantik apabila dipakai oleh ibumua.

                Alangkah gembiranya Amin telah membeli tudung yang berwarna kuning itu. Setelah itu kami bercadang untuk balik takut ketahuan ibu kami. Hari semakin gelap dan kami masih menunggu di tepi lampu isyarat untuk pengguna lalu lintas. Lampu isyarat itu menunjukkan berwarna merah dan terus bertukar warna hijau. Kami pun mula menyeberang. Tiba-tiba Amin terhenti ditengah-tengah jalan sambil menggosok matanya.

Amin: Khairi, mata saya termasuk pasir.
Saya: Kamu jalan dahulu ke sini kerana lampu isyarat sudah bewarna kuning.

                Tanpa mengendahkan kata-kata saya, tiba-tiba lampu isyarat bertukar menjadi warna hijau. Saya berasa cemas dan cepat-cepat mengayuh basikal saya ke arah Amin. Dengan sekali pandang, saya ternampak satu cahaya yang menuju ke arah kami. Saya berasakan sesuatu menghempas saya dan Amin. Saya tidak ingat apa yang telah terjadi.

                Kepala saya terasa berat. Apabila saya membuka mata saya, saya baru sedar yang saya berada di hospital. Ibu dan ayah saya menanggis di sisi saya. Saya takut ada terjadi sesuatu kepada Amin.

                Alangkah terkejutnya saya sedar bahawa kaki kanan saya sudah tidak ada. Fikiran saya mula bercelaru.

Saya: Ibu! Manakah kaki saya?
Ibu: Kaki kamu sudah patah setelah dilanggar lori sampah.
Saya: Jadi, dimanakah Amin berada.
Ibu: Maafkan ibu nak, Amin sudah …
Saya: Sudah apa?
Ibu: Sudah kembali ke rahmatullah.

                Hari saya berasa berat, marah dan rasa bersalah setelah mendengar penjelasan ibu. Saya menanggis teresak-esak. Tiba-tiba ibubapa Amin menjenguk saya dengan membawa buah tangan.

Saya: Mak cik bukankah itu tudung daripada Amin.
Ibu Amin: Ya inilah saja peninggalan arwah Amin kepada Mak cik.

                Kami semua berasa sedih kehilangan seorang anak dan kawan. Sekarang, saya berada di kerusi roda. Semoga Amin bahagia di atas dan diberkati oleh Allah. Saya tidak pernah melupakan sahabat saya Amin.

Disediakan oleh:
Ak Khairi Wazien bin Pg Umar
6 Cekal

1 comment: