Aku tujukan video ini khas buat murid-muridku yang akan menghadapi PSR nanti

MENGEJA PERKATAAN DENGAN BETUL

Monday 14 March 2011

Kisah tentang puisi



Nurul: Assalamualaikum, Nabilah! Awak sudah menyiapkan puisi yang diarahkan oleh guru kelas?

Nabilah: Wa’alaikumsalam, Nurul. Saya sudah menyiapkan puisi itu.

Nurul: Baguslah kalau begitu, bolehkah saya membacanya?

Nabilah: Oh! Sudah tentu boleh Nurul! Awak sudah menyiapkan puisi itu?

Nurul: Sudah, ini dia puisi itu.

Nabilah: Oh! Ada sesiapa lagi yang cikgu suruh menulis puisi seperti ini?

Nurul: Saya rasa kita berdua sahaja yang cikgu suruh menulisnya.

Nabilah: Oh! Kalau begitu marilah kita hantarnya kepada cikgu.

Nurul: Baiklah, Nabilah.

Disediakan oleh:
Shahrina bte Shahibul
6 Ceria

No comments:

Post a Comment