Aku tujukan video ini khas buat murid-muridku yang akan menghadapi PSR nanti

MENGEJA PERKATAAN DENGAN BETUL

Saturday 1 June 2013

TAHUKAH KAMU - FAKTA TENTANG HAIWAN

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.


2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya……

~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

~~ Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja.

Pantun Agama – Kanak-kanak

Anak katak terlompat-lompat,
Terlompat-lompat di tepi paya,
Janganlah kita suka mengumpat,
Kelak hilang semua pahala.


Enak rasanya ikan gelama,
Jika dimasak secukup rasa,
Solat itu tiang agama,
Perlu dijaga setiap masa.


Lemak kubis santan kelapa,
Ikan haruan dimasak cuka,
Taatlah kepada ibu dan bapa,
Jangan menjadi anak derhaka.


Pohon sena tumbuh menjulang,
Pandan semerbak tepian mempelas,
Bila Ramadhan mulai menjelang,
Puasalah dengan hati yang ikhlas.


Pak tani membeli baja,
Baja ditabur di sawah padi,
Hidup ini sementara sahaja,
Akhirat di sana kekal abadi.

Sang Kancil Menolong Kerbau

Sang Kerbau sedang asyik meragut rumput yang lembut dan segar di tepi sebatang sungai apabila terdengar teriakan meminta bantuan.
Sang Buaya:
Tolong! Tolong!
Sang Kerbau pun berhenti meragut rumput lalu berjalan ke arah suara itu. Apabila Sang Kerbau semakin dekat dengan tempat itu, ia ternampak sebatang pokok yang tumbang.
Sang Buaya:
(merayu) Tolonglah aku Sang Kerbau!
Sang Kerbau:
Di mana engkau? (sambil mencari-mencari)
Sang Buaya:
Aku di bawah pokok tumbang ini!
Sang Kerbau:
Engkau rupanya Sang Buaya. Apa yang engkau buat di situ?
Sang Buaya:
Engkau tidak nampakkah? Aku dihempap batang pokok ini. Tolonglah aku!
Sang Kerbau:
(nada simpati) Bagaimana aku dapat menolong engkau?
Sang Buaya:
Engkau tolonglah angkat batang pokok ini.
Sang Kerbau:
Baiklah!
Sang Kerbau pun menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu dan menyuruh Sang Buaya agar cepat keluar. Tanpa disangka oleh Sang Kerbau, Sang Buaya keluar lalu menangkap kakinya. Sang Kerbau pun mula meronta-ronta tetapi Sang Buaya tetap tidak mahu melepaskannya.
Sang Kerbau:
(suara ketakutan) Mengapa engkau menangkap kakiku?
Sang Buaya:
Aku lapar. (mengerang)
Sang Kerbau:
(memekik dengan kuat) Tolong! Tolong!
Sang Kerbau pun menjerit dengan kuat. Pada ketika itu, Sang Kancil pun muncul.
Sang Kancil:
Apa yang telah terjadi Sang Kerbau?
Sang Kerbau:
(nada sedih) Lihatlah Sang Kancil. Aku telah tolong melepaskan Sang Buaya ini tetapi sekarang, aku pula yang hendak dimakannya. (sambil meronta-ronta)
Sang Kancil:
Betulkah begitu? Aku tidak percaya engkau boleh angkat batang pokok ini. Cuba engkau angkat sekali lagi.
Sang Kerbau:
Lepaskan dahulu kakiku.
Sang Buaya pun melepaskan kaki Sang Kerbau. Setelah itu, Sang Kerbau menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu lalu mengangkatnya.
Sang Kancil:
Sang Buaya, di mana engkau berada ketika itu?
Sang Buaya:
Aku berada di bawah batang pokok ini.
Sang Kancil:
Kalau begitu, cepatlah pergi ke bawah batang pokok ini.
Apabila Sang Buaya sudah berada di bawah batang pokok itu, Sang Kancil pun menyuruh kerbau melepaskan batang pokok itu.
Sang Buaya:
(mengerang) Aduh! Sakitnya.
Sang Kancil:
Pergilah dari sini, Sang Kerbau dan biarkan Sang Buaya ini yang tidak tahu mengenang jasa.

Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.


Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;


“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”


Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.


Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.


“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”




Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.


Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;


“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.


“Menyelamatkan diri!”


“Dari apa?” Tanya gajah lagi.


“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.


Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.


“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.


“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”


Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.


“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.




Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat masa kecil dulu, inilah cerita dongeng dan turun temurun yang diwarisi dari zaman berzaman. Namun bila difikirkan kembali, apa yang cuba untuk disampaikan melalui cerita ini?


Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?


Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?


“Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu”


Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.


Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu. Dan pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah itu sepatutnya begini.


“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.


“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang kancil


“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?”


“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”


“Oh aku Nampak ada dahan kayu”


Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam lubang.


Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan rimba.



- T A M A T -

Kerana manisnya Dakwah

Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai. Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.


Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit.


“Ini rupanya kerja Rubah, tujuannya untuk memetik Apple yang terdapat tinggi di atas sebuah bukit, aku pun nak rasalah” Rusa bermonolog sendirian.


Keinginan Rusa yang kuat mendorong Rusa memanjat bukit untuk memakan Apple dari pokok yang sama. Perjalanan Rusa tidak mudah kerana terpaksa melalui halangan, merentas arus sungai yang deras, melalui jambatan gantung untuk pergi ke pokok yang dituju, setelah penat merentas hutan, tibalah Rusa ke bawah pokok Apple tersebut. Sebaik sahaja Rusa mahu mengambil Apple tersebut, didapati ketinggiannya tidak mencukupi untuk mengambil Apple itu, Rusa mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berputus asa kerana penat.


“Buat penat sahaja aku datang sini, dah la tak dapat makan Apple, nak ke sini pun susah, aku pun bukan tau panjat pokok” 


Rusa meninggalkan Apple itu begitu sahaja. Walaupun belum rasa tapi Rusa tahu yang Apple itu memang tidak sedap.


Selang beberapa hari kemudian, seperti biasa ketika Rubah hendak memanjat bukit yang terdapat didalamnya pokok Apple, Rusa telah bertanya khabar kepada Rubah,


“hai Sang Rubah, apa yang engkau nak lakukan?” Rusa bertanya walaupun dia sudah tahu akan jawapannya.


“Aku nak memanjat bukit ini untuk memakan buah Apple yang terdapat di puncak bukit ini, sedap Apple tu” Balas Rubah.


“Owh pokok Apple yang di atas bukit itu ke? Tapi perjalanan nak ke sana bukan mudah, kena melalui arus sungai, melalui tebing yang curam dan banyak lagi cabaran yang bakal dilalui, sedap sangat ke Apple di atas bukit itu, ada beza ke dengan Apple yang di bawah ini?”Tanya Rusa.


“Walaupun perjalanan untuk mendapatkan Apple itu jauh dan panjang, tetapi engkau akan rasa kemanisan Apple itu jika engkau memakannya” balas Rubah


“Taknaklah, kalau dah namanya Apple tu, sama sahaja dengan Apple di sini pun, Rusa pun berlalu meninggalkan Rubah”


Rubah meneruskan perjalanan untuk memetik buah Apple.


“Engkau tidak akan faham Rusa kerana engkau belum pernah merasa lagi betapa manisnya Apple itu”


Kerana manisnya Apple, Rubah sanggup mengharungi perjalanan yang panjang semata-mata untuk memakan Apple. Kesabaran dan kecekalan amat perlu untuk hanya memakan sebuah Apple yang terdapat di atas bukit yang tinggi.


Rusa pula tidak pernah merasa Apple yang terdapat di atas bukit, masakan pula dia boleh mengatakan yang Apple itu tidak sedap sedangkan dia tidak pernah menikmatinya, bahkan pula menjamahnya.


Begitu juga dakwah, jika tidak kerana manisnya, masakan ada yang sanggup berkorban kerananya, malahan mati kerananya. Berhabis duit, memerah segala yang ada hanya untuk memastikan tertegaknya Islam, untuk berdakwah, ya, kerana manisnya dakwah.


Lihat para sahabat, kalau tidak mahu lihatlah sekeliling, lihat kepada mereka yang berdakwah.


Jangan jadi seperti Rusa, belum rasa dikatanya tidak manis.






- T A M A T -

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. 



Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.


“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. 


“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.